Saturday 5 April 2014

pelabur dan spekulator




Apakah itu pelabur dan speculator?
Dalam dunia pelaburan kita selalu mendengar perkataan investor dan speculator?Apa ya dimaksudkan dgn “investor” dan “speculator”?
Investor menurut Benjamin graham adalah,”pelaburan yg dilakukan berdasarkan analisis yg teliti menjanjikan keselamatan dan pulangan yg memadai utk pelabur.”Operasi dilakukan tanpa mengikut standard seperti tadi dipanggil spekulatif.[intelligent investor,page 18]
sebagai,sebelum krisis ekonomi pasaran saham Malaysia 1997,hamper kesemua semua saham syarikat didalam bursa saham dianggap mempunyai prospek ekonomi yang kuat dan boleh pergi jauh.harga seunit meningkat dgn mendadak.sehingga mamak dikedai kopi asyik menelefon broker nya utk membeli menjual saham.semua berlumba utk memiliki saham tidak kira dari kampong hinggalah ke ahli2 koprat.ketika itu bursa telah berada didalam mata tertinggi iaitu 1200 dianggap paling tinggi pada ketika itu.namun pada pertengahan 1997,krisis ekonomi telah berlaku dan bursa menunjuk penurunan dari 1200 ke 600.setengah dari nilai nya telah hilang.banyak syarikat2 yg pada mulanya dianggap ‘investment oppurtinity” telah berubah menjadi spekulatif.mulai saat itu saham dianggap satu permainan ‘judi’,zalim,merompak harta kekayaan dan tidak kurang anak2 yg menyebut perkataan saham dihadapan ayah mereka terus di label ‘anak yg bermasalah’.Hingga ke hari ini kita masih teringat kegawatan ekonomi  1997.
Adakah ini hanya berlaku di Malaysia sahaja?semestinya tidak.di amerika,pusat dunia kapitalis,telah berlaku beberapa ekonomi jatuh dan naik.paling dasyat pernah berlaku adalah tahun 1929 dikenali dgn zaman GREAT DEPRESSION.sebelum itu prospek pelaburan saham dianggap menguntungkan.mereka yg tidak mengikuti pelaburan saham dianggap kolot dan ketinggalan .Namun apabila tahun 1929,semuanya bertukar menjadi sebaliknya.
Keratan suratkhabar mensia marek.
Zaman berlalu.ekonomi berubah wajah.Pada era 1995,ekonomi amerika telah memasuki zaman kegemilangan dot.com,dimana setiap manusia berlumba2 memiliki saham berasas internet teknologi computer.utk pembaca,dot.com itu adalah istilah digunakan utk pelaburan saham syarikat berasaskan IT technology.sehingga ada sesetengah pengurus kewangan yg diamanahkan melabur wang pencen pekerja kerajaan,wang simpanan keluarga,wang simpanan peribadi mengatakan zaman utk syarikat klasik (spt gillete,cola,kompeni chewing gum) sudah berakhir dan mereka bakal diganti dgn syarikat IT yg bermasa depan.siapa yg tidak mengikut bahtera saham syarikat IT bakal ditelan zaman.
Pasaran ekuiti meningkat mendadak,namun pada awal 2000,gelembung dot.com telah meletup.hampir kesemua company2 IT yg kononnya bakal mengganti masa depan akhirnya tidak menemui masa depan.dimana pergi nya pengurus2 yang melaung bahtera IT?akhirnya kompeni klasik spt chewing gum,coca cola,gillete meneruskan dominasi mereka.
Jadi apa yg bleh kita belajar dari sini?adakah pasaran saham itu root of evil?adakah pasaran saham itu jenayah?adakah sumber kejayaan kekayaan?back to the basic definition iaitu, Investor menurut Benjamin graham adalah,”pelaburan yg dilakukan berdasarkan analisis yg teliti menjanjikan keselamatan dan pulangan yg memadai utk pelabur.”Operasi dilakukan tanpa mengikut standard seperti tadi dipanggil spekulatif.[intelligent investor,page 18]
Bagaimana hendak mengenali ciri2 seorang speculator?of coz kita tidak akan melihat masing2 memakai badge “i am speculator” atau “i am investor”.
Speculator ini selalunya golongan yg menjual beli saham dalam masa terdekat(short term).hari ini beli,besok jual.minggu ini beli,minggu depan jual.pukul 9 beli,before bursa tutup pukul 4 jual.mereka lebih cenderung meramal harga pasaran saham daripada kekuatan syarikat yg menerbit saham itu.mereka tidak mengendahkan prospect,revenue,profit dan ada yg tidak tahu langsung apa yg syarikat itu buat.so keputusan diambil oleh mereka lebih terdorong kepada ‘mentality herd’ atau membuta tuli mengikut trend semasa.mereka melabur bukan kerana underlying business atau kekuatan bisnes syarikat itu tapi lebih kepada HARGA turun naik.Jadi,Speculator ini mereka apabila harga saham advance naik,mereka akan membeli saham,dan apabila harga saham turun,mereka akan panic dan  jual.
Mereka mudah diperdaya dgn tips2,evening report news,dan mereka allergic dgn warna merah (indicator harga turun).kalau boleh mereka 24 jam tidak boleh lepas dari melihat skrin computer or meminta tips pendapat dari broker masing2 sebelum tido atau selepas mandi.dalam hal ini,skrin computer,broker or even warna merah tidak bersalah,yg bersalah adalah manusia itu sendiri yg secara membuta tuli melabur dalam benda yg mereka tidak tahu.meramal masa depan harga pasaran,trend pasaran,atau kedua nya sekali adalah aktiviti biasa dalam speculator.adakah kita ini boleh meramal masa depan??Ramai juga mereka terpedaya dgn tips atau nasihat dari “investment professional” atau “professor in market” pada zahirnya tapi hakiki nya mereka berkelakuan seperti speculator yang lain.






Sebelum tamat,admin ada sebuah cerita contoh gambaran speculator.
Trading And Eating Sardine
(Berjual Beli Dan Makan Sardine)
Ada satu kisah lama tentang kegilaan pasaran borong tin ikan sardine di Monterey,California.apabila pemborong membida harga tinggi utk tin ikan sardine,maka harga tin sardine seluruh California tiba2 melonjak.maka berbondonglah manusia berjual beli tin sardine utk mendapat keuntungan dari harga jual beli nya yg kian meningkat(apabila demand meningkat,maka harga meningkat).maka ramailah peniaga pemborong menjadi kaya kerana berjual beli tin ikan sardine.ikan sardine dalam tin akhirnya dianggap makanan mewah kerana harganya.
Jadi  pada suatu hari seorg penjual ikan sardin ingin merasa ikan sardine yg mewah didalam tin itu,apabila beliau telah merasa sardine itu maka beliau telah sakit perut dan jatuh sakit.maka si penjual  pun berkata kepada penjual ikan sardin yg lain supaya jangan lagi berniaga  ikan sardine kerana ikan itu tidak lagi elok. Maka apa dijawab oleh penjual itu,”awak tidak faham,kami hanya mencari keuntungan berjual beli tin ikan sardine,bukannya merasa ikan sardine.”
Kesimpulan cerita ini,ramai dari kita yg hari ini berjual beli saham,tapi tidak  ingin sedikitpun untuk “merasa” kualiti saham itu.
Warren buffet pernah berkata,kalau ada ingin melihat pasukan bola yg mana akan bakal menang,anda harus mengkaji corak permainan didalam padang bukannya mengkaji mata,point discore board.”pernahkah anda pergi ke stadium melihat manusia menyaksi perlawanan bola 90 minit melihat scoreboard tapi tidak permainan di padang?kalau ada,sudah pasti anda akan telefon hospital batu 7 utk ambil org itu.
Kesimpulan disini,untuk melabur kita kena banyakkan membaca,study annual report company utk menilai prestasi company itu,dan keep research,research,research.blog ini tidak akan member tips bagaimana trend harga pasaran saham.

                                Prestasi pasaran saham Malaysia dari tahun 1977-2014.